Apabila memilih insurans motor, sentiasalah:

  1. Menyemak terlebih dahulu harga pasaran kenderaan anda.
  2. Bagi kenderaan baru, jumlah diinsuranskan adalah harga beli kenderaan tersebut.
  3. Memastikan kenderaan anda diinsuranskan dengan secukupnya kerana ia akan memberi kesan ke atas jumlah yang anda boleh tuntut.
  4. Mendedahkan semua fakta penting termasuk tentang kemalangan yang lepas (jika ada), pengubahsuaian enjin dan lain-lain.